BANTUAN KECEMASAN SYRIA
Selamatkan ribuan rakyat Syria yang menderita akibat krisis kemanusiaan
Seluruh dunia tertumpu kepada isu wabak "Coronavirus atau Covid-19" kini dan pelbagai langkah keselamatan dari serata pelusuk dunia namun apa yang terjadi di Idlib Syria sebaliknya. Mereka berdepan dengan musibah kehilangan tempat tinggal, kebuluran, kekurangan sumber air bersih dan sebagainya.
Kami sedang mengumpulkan dana untuk membekalkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Derma sekarang untuk menyediakan bantuan kepada mereka.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
1. TEMPAT PERLINDUNGAN - SATU BUAH (RM 1800)
Bantu mendirikan tempat perlindungan sementara dari batu bata (yang lebih kukuh), dibina dengan sebuah bilik, pintu dan 2 tingkap serta dilindungi dengan canvas.
2. PEK BANTUAN MAKANAN SATU KELUARGA - SEBULAN (RM 450)
Bantuan segera makanan kering untuk mangsa pelarian Syria yang kini sedang berdepan ancaman kebuluran
3. KIT KEBERSIHAN DIRI - SEBULAN (RM 150)
Keperluan diri untuk tujuan membersihkan diri.
4. BEKALAN AIR BERSIH - SEBULAN (RM 300)
Bekalan air bersih akan dihantar secara berkala di kawasan tempat perlindungan untuk kegunaan mangsa pelarian seperti memasak, membasuh, menyucikan diri dan lain-lain.