Mengenai Ehsan Anak Yatim
Anak-anak yatim bukan sahaja kehilangan kasih sayang ibu bapa, malah mereka juga hilang tempat bergantung dalam kehidupan.
Semakin ramai kanak-kanak yatim piatu memerlukan bantuan kewangan kerana penjaga mereka tidak mampu untuk menyara keperluan harian termasuk persekolahan.
Jadi tujuan utama usaha ini dijalankan adalah untuk meringankan beban para penjaga sekaligus menjamin kebajikan anak-anak ini.