1.Dana Pendidikan Ehsan
Satu usaha murni bagi memastikan anak-anak pelarian dan anak yatim tidak tercicir dalam pendidikan.
Sumbangan yang disalurkan akan digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan penting seperti pengubahsuaian dan penyelenggaraan kemudahan sekolah, penyediaan makanan harian, pembayaran gaji tenaga pengajar, serta keperluan asas pembelajaran.
2.Bantuan Kelengkapan Sekolah
Ramai anak yatim dan pelarian masih tercicir daripada pendidikan akibat kemiskinan, kekurangan kemudahan asas dan keperluan sekolah yang tidak mencukupi.
Tanpa pakaian seragam, alat tulis, beg dan kasut, ramai yang terpaksa berhenti atau tidak hadir ke sekolah walaupun mempunyai semangat untuk belajar. Menyalurkan bantuan kelengkapan sekolah meringankan beban dan membuka peluang untuk mereka terus belajar.